Syukur
Posted by www.misya.com.my
Kesyukuran
tak terucap.
Alhamdulillah kehadrat Allah Rabb yg
MahaMulia, Dia yg menghidupkan dan mematikan, Dia pengatur seluruh kehidupan,
Dia yg memberikan rezeki, Dia jualah yg memberikan sakit & sihat, bahkan
segala-galanya tak terkecuali walau satu zarah atau lebih kecil dari itu.
Aku bersyukur atas segala nikmat
& rahmat Allah pada kehidupan ku ini. Aku dilahirkan di kalangan ibubapa yg
islam, lalu dikurniakan berakal waras lagi bijak dapat membezakan antara yg
baik & buruk, membezakan yg busuk & wangi.
Aku teramat bersyukur dikurniakan
iman, meyakini Allah adalah Tuhan bagi seluruh alam, Tuhan yg mentadbir seluruh
cakerawala, serangga, haiwan kecil & besar, mentadbir lautan & angkasa
raya serta seluruh isinya. Bahkan Allah jualah mentadbir setiap manusia sama
ada sedih, gembira, bahagia, derita atau apa sahaja dalam kehidupan ini.
Aku bersyukur dikurniakan semua panca
indera & anggota yg sempurna. Mata dapat melihat berbagai-bagai keindahan
berwarna warni, menghidu wangian, mendengar kemerduan suara bunyi-bunyian &
macam-macam lagi yg tak terucapkan.
Syukur tidak terhingga, aku
dikurniakan ilmu yg bermanfaat, boleh menilai antara syirik, sesat, bidaah dan
kebenaran yg sebenar-benarnya. Seandainya ini tidak dikurniakan oleh Allah pada
ku, nescaya teramat malang nasib diriku, celakalah yg bakal menimpa. Kehidupan
tiada ertinya, hambar, kucar kacir terhapus kedamaian tiada kebahagian, hidup
bagai mayat bergerak. Alangkah damainya Allah berikan aku pengetahuan yg tak
dapat dinilai walau jutaan ringgit.

Sebenarnya jika nak dihitung segala
nikmat kurniaan Allah pada ku, tak akan terucap satu persatu kerana terlalu
banyak dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya memenuhi sekelilingku
semuanya adalah nikmat-nikmat Allah Tuhanku yg MahaEsa.
Bersyukurlah wahai para sahabatku,
kerana nikmat Allah pada kita tiap detik tiap ketika bagai air yg mengalir tak
pernah kering terus membasahi menyuburkan tanah tandus lalu menumbuhsuburkan
seluruh tanaman.
Seluruh udara yg disedut, makanan yg
dimakan & diminum, pakaian yg dipakai serta segala-galanya adalah hakmilik
Allah azzawajalla. Kita menggunakan hakmilik Allah itu tanpa membayar pun walau
sedikit Cuma.
Jadi patutkah tidak disyukuri ???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan