Khamis, 17 Oktober 2013


Sejarah Kek Lapis Sarawak




Dulu pembuatan kek Lapis hanyalah hobi biasa di kalangan wanita di Sarawak khasnya wanita keturunan Melayu yang menyediakan juadah terutama menjelang Aidilfitri. Namun pada dekad 1990-an, kek Lapis mula sinonim dengan Sarawak kerana hampir setiap pelancong yang berkunjung ke Bumi Kenyalang pasti membeli kek Lapis itu sebagai ‘ole-ole’ untuk dibawa pulang.

Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah pakej motif dan coraknya yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping teksturnya yang lembap & pejal.

Tidak dinafikan ia juga versatil dan boleh dihidangkan untuk pelbagai majlis, bukan saja untuk perayaan utama seperti Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Gawai Dayak, Deepavali dan sebagainya, malah untuk hantaran pertunangan, perkahwinan, hadiah dan ‘ole-ole’.


Menyingkap sejarah kek lapis, dipercayai berasal dari Indonesia namun juadah itu mula diperkenal serta mendapat tempat di kalangan penduduk Sarawak sekitar tahun 1980-an.

Sejak itu, kek Lapis Sarawak kian sinonim dengan Sarawak, malah kek Lapis Sarawak yang dihasilkan jauh lebih sedap daripada kek Lapis negara jiran itu, kerana bahan yang digunakan lebih pelbagai dan mutunya juga lebih baik.

Setelah 30 tahun berlalu, kek Lapis Sarawak semakin popular bukan saja di kalangan penduduk tempatan, malah menerima banyak tempahan dari Semenanjung, Sabah, Brunei dan Singapura.


Yahaya Hj Abdullah

6 idea Perniagaan menjual Produk dan perkhidmatan di Internet

     


     http://www.digital-photo-secrets.com
Tips & teknik mengambil gambar. Pemilik laman web ini adalah
seorang juru gambar professional.

http://www.mishmashsoap.com
Menjual sabun mandi buatan sendiri. Dengan menggunakan adunan
bahan-bahan semula jadi, anda juga boleh mencipta
sabun sendiri.

http://www.theluminescents.com
Menjual produk-produk lilin beraroma. Trend terkini adalah aromaterapi menggunakan
lilin untuk menghasilkan aroma yang indah.

Perkhidmatan membuat hamper. Boleh juga
diimplementasikan di Malaysia untuk menyediakan bahan perhiasan
hantaran kahwin, pertunangan dan sebagainya.

http://www.fret2fret.com
Menjual sistem cara bermain gitar dengan mudah. Sistem sebegini
boleh diimplementasikan pada peralatan muzik yang lain.

http://www.tracymcpherson.com
Menawarkan perkhidmatan menulis dan menyunting (freelance writer
& editor). Sekiranya anda seorang penulis atau penyunting full time,
perniagaan internet secara freelance mungkin adalah untuk anda.

http://www.caricatureconnection.com
Menawarkan Perkhidmatan melukis karikatur & kartun. Bagi pakar
melukis- di Malaysia ramai insan-insan yang hebat dalam bidang ini.

Rabu, 16 Oktober 2013

Syukur
Posted by www.misya.com.my

Kesyukuran tak terucap.

Alhamdulillah kehadrat Allah Rabb yg MahaMulia, Dia yg menghidupkan dan mematikan, Dia pengatur seluruh kehidupan, Dia yg memberikan rezeki, Dia jualah yg memberikan sakit & sihat, bahkan segala-galanya tak terkecuali walau satu zarah atau lebih kecil dari itu.
Aku bersyukur atas segala nikmat & rahmat Allah pada kehidupan ku ini. Aku dilahirkan di kalangan ibubapa yg islam, lalu dikurniakan berakal waras lagi bijak dapat membezakan antara yg baik & buruk, membezakan yg busuk & wangi.
Aku teramat bersyukur dikurniakan iman, meyakini Allah adalah Tuhan bagi seluruh alam, Tuhan yg mentadbir seluruh cakerawala, serangga, haiwan kecil & besar, mentadbir lautan & angkasa raya serta seluruh isinya. Bahkan Allah jualah mentadbir setiap manusia sama ada sedih, gembira, bahagia, derita atau apa sahaja dalam kehidupan ini.
Aku bersyukur dikurniakan semua panca indera & anggota yg sempurna. Mata dapat melihat berbagai-bagai keindahan berwarna warni, menghidu wangian, mendengar kemerduan suara bunyi-bunyian & macam-macam lagi yg tak terucapkan.
Syukur tidak terhingga, aku dikurniakan ilmu yg bermanfaat, boleh menilai antara syirik, sesat, bidaah dan kebenaran yg sebenar-benarnya. Seandainya ini tidak dikurniakan oleh Allah pada ku, nescaya teramat malang nasib diriku, celakalah yg bakal menimpa. Kehidupan tiada ertinya, hambar, kucar kacir terhapus kedamaian tiada kebahagian, hidup bagai mayat bergerak. Alangkah damainya Allah berikan aku pengetahuan yg tak dapat dinilai walau jutaan ringgit.




Sebenarnya jika nak dihitung segala nikmat kurniaan Allah pada ku, tak akan terucap satu persatu kerana terlalu banyak dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya memenuhi sekelilingku semuanya adalah nikmat-nikmat Allah Tuhanku yg MahaEsa.
Bersyukurlah wahai para sahabatku, kerana nikmat Allah pada kita tiap detik tiap ketika bagai air yg mengalir tak pernah kering terus membasahi menyuburkan tanah tandus lalu menumbuhsuburkan seluruh tanaman.
Seluruh udara yg disedut, makanan yg dimakan & diminum, pakaian yg dipakai serta segala-galanya adalah hakmilik Allah azzawajalla. Kita menggunakan hakmilik Allah itu tanpa membayar pun walau sedikit Cuma.
Jadi patutkah tidak disyukuri ???


Kekuatan manusia
Posted by cikguya.com.my







Mari bincangkan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah subhanahu wataala atas limpah RahmatNya memberikan limpahan rezeki yang tak terhingga lagi tak terhitung. Jika dikira nikmat bernafas sahaja pun tidak dapat dibayangkan betapa besarnya keadaan itu, bayangkan apabila diserang selesema saja pun kita dah tak mampu menahannya, apatah lagi diserang penyakit yang berat .

 Nikmat sihat hanya dapat dinilai bila terkena sakit.

Betapa kita cukup susah untuk mengakui sesuatu sebelum terantuk, namun ianya agak baik jika dibandingkan ada insan yang mungkin berpuloh kali terantuk masih tak sedar lagi, itulah manusia yg penuh kelalaian, gopoh gapah, mudah lupa dan bermacam macam lagi.
Insan dikurniakan dua kekuatan, iaitu kekuatan berfikir ilmiah (teori) dan kekuatan untuk melaksanakan kehendak (praktikal) kebahagiaan manusia yg sempurna akan tercapai apabila dia dapat menyempurnakan kedua dua kekuatan itu.

Yang pertama, kekuatan teori ilmiah dengan sempurna akan dicapai apabila insan mengenali Penciptanya, Allah Rabb yang Maha Agung. Mengetahui nama-nama serta sifat sifat bagi nama nama tersebut dengan kekuatan dan kefahaman yg termampu sekadar pemikiran yg dikurniakan. Ini adalah langkah yg pertama menuju kekuatan teori ilmiah insan bagi mencapai kesempurnaan kebahagiaan.
Lapangkan fikiran lalu tanya diri kita apakah nama nama yg tercatat dalam Al Quran sebanyak 99 itu telah ditelusuri dengan sepenuh kekuatan bagi memahaminya, atau mungkin sekadar ambil tahu gitu gitu saja?
Jika hanya sekadar itu bererti kesempurnaan diri sebagai insan yg ingin menuju bahagia tak akan mungkin berlaku, tak mungkin terjadi sedemikian. Untuk bahagian ini cuba kita renungi asma al husna sebanyak 99 nama itu dengan mengkaji maknanya dan mengkaji maksud yg terselindung disebaliknya dengan banyak meneliti, membaca lalu mengumpul maklumat sambil mohon kekuatan untuk memahaminya dari Allah, kerana hanya Allah yg dapat menolong membantu kita. 

Semestinya dan sememangnya selama ini Allah lah yg mencukupkan segala keperluan kita.

Insya Allah selepas ini akan dibincangkan empat lagi keperluan untuk mencapai kesempurnaan kekuatan teori ilmiah yg mesti diketahui oleh kita yg inginkan kebahagiaan yg sebenar benarnya.

Wallah huaqlam. Sekian.
PASTINYA ADA KEMUDAHAN PADA SETIAP KESULITAN
posted by cikguya at www.seripongsu.my


ALLAH telah menciptakan dunia untuk menguji manusia. Sebagai hamba yang sentiasa menerima ujian, kadang-kala DIA menguji manusia dengan kesenangan dan ada masanya dengan kesukaran. Individu yang tidak menilai setiap peristiwa dengan cahaya Al-Quran, gagal menanggapi hikmah di sebalik kejadian lalu cepat kecewa dan lemah pengharapan.

Walau bagaimanapun, ALLAH tetap mendedahkan rahsia paling penting di dalam Al-Quran, di mana hanya hamba yang beriman dan bertaqwa sahaja yang mampu melihat. Rahsia yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.”(Surah al-Insyirah: 5-6)

Seperti mana yang ALLAH telah jelaskan pada ayat-ayat tersebut, walau apapun kesukaran yang dihadapi atau bagaimana ia diatasi, ALLAH menyediakan jalan keluar dan memberikan berita gembira buat hamba-hambaNYA yang beriman. Sesungguhnya, setiap hambaNYA akan dapat menyaksikan bahawa ALLAH sentiasa mengurniakan kemudahan pada kesulitan yang dialami selagi mana hambaNYA itu kekal sabar.

Dalam firmanNYA yang lain, ALLAH memberikan khabar gembira berupa petunjuk dan rahmat buat para hamba yang sentiasa takut dan mengharap padaNYA.

“…Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH nescaya ALLAH akan mencukupkan (keperluannya).” (Surah a-Talaq: 2-3)

ALLAH tidak akan membebankan seseorang melebihi kadar kemampuannya. ALLAH Yang Maha Pemurah, Pengasih lagi Maha Adil menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran dan menguji manusia dalam lingkungan kemampuan mereka. Cara pengabadian seorang hamba kepada ALLAH, kepayahan yang diberi untuk menguji manusia, tanggungjawab yang perlu dipikul oleh seseorang, semuanya adalah pada kadar kemampuan individu itu.

Inilah berita gembira buat manusia yang bertaqwa dan ia dijelmakan pada sifatNYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. ALLAH menyatakan rahsia ini di dalam firmanNYA:

“Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim kecuali dengan cara yang lebih bermanfaat hingga sampai ia dewasa. Dan sempurnakanlah tukaran dan timbangan dengan adil. Kami tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil walaupun dia adalah kerabatmu, dan penuhilah janji ALLAH. Yang demikian itu diperintahkan ALLAH kepadamu agar kamu ingat.” (Surah al-An’aam: 152)

“Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, Kami tidak memikulkan kewajiban kepada diri seseorang melainkan sekadar kesanggupannya, mereka itulah penghuni-penghuni syurga; mereka kekal di dalamnya.” (Surah al-A’raf: 42)

“Kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya.” (Surah al-Mukminun: 62)

Tidak sukar untuk hidup berlandaskan agama ALLAH Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa agama hanya akan menyulitkan kehidupan dan dipaksa untuk mematuhi pada hukum-hukumnya yang sukar dan payah. Ini hanyalah khayalan yang dibisikkan oleh syaitan bagi menyesatkan manusia.

ALLAH dengan jelas menyatakan bahawa DIA pasti akan menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran hidup bagi hamba-hambaNYA yang beriman. Di samping itu, perkara-perkara asas dalam Islam seperti beriman kepada ALLAH juga qada’ dan qadar mampu meringankan beban, menghilangkan kesukaran juga mengelakkan diri daripada berputus asa atau murung.

Mereka yang patuh pada hukum ALLAH tidak akan ditimpa rasa gundah, sedih atau putus asa. Di dalam firmanNYA, ALLAH berjanji untuk sentiasa membantu hambaNYA yang menyerah diri kepadaNYA dan yang membantu agamaNYA, dan akan mengurniakan kehidupan yang bahagia di dunia dan juga di akhirat kelak.

ALLAH, yang tidak mungkin memungkiri janjiNYA, berfirman:

“Dan katakan kepada orang-orang yang bertaqwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?’ Mereka menjawab: ‘(ALLAH telah menurunkan) kebaikan.” Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertaqwa.” (Surah an-Nahl: 30)

ALLAH menyediakan berita gembira buat para hambaNYA yang beriman berupa kejayaan bagi mereka yang mematuhi agamaNYA:

“Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan ALLAH) dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyediakan baginya jalan yang mudah.” (Surah al-Layl: 5-7)

Dengan pendedahan rahsia ini, barangsiapa yang memilih untuk patuh pada agamaNYA sedari awal dengan penuh ikhlas, maka mereka telah mengambil jalan paling mudah yang membawa kepada kejayaan dan kelebihan di dunia dan akhirat. Sebaliknya pula berlaku kepada mereka yang tidak beriman. Mereka diselubungi kegundahan, kesedihan juga kerugian di dunia juga di akhirat kelak.

Pada saat mereka memilih untuk tidak beriman, mereka kehilangan dunia apatah lagi akhirat. Ini dinyatakan pada firmanNYA:

“Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar.” (Surah al-Layl: 8-10)

ALLAH, Tuhan Yang Maha Memiliki juga Maha Menciptakan segala. Pastinya kekuasaan dan pertolonganNYA melebihi apa yang dapat diberikan oleh manusia apabila seseorang itu mengharapkan keakraban, bantuan dan sokongan ALLAH semata-mata.

Mereka yang mengambil ALLAH sebagai tempat bergantung dan menyerahkan segalanya pada ALLAH akan hidup dengan limpahan anugerah dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat tanpa rasa bimbang akan apa-apa yang dapat memudaratkannya.

Oleh kerana itu, setiap manusia yang bijak dan percaya pada kata hatinya perlu memahami setiap rahsia yang tersimpan di dalam Al-Quran lalu memilih jalan yang lurus dan diredhaiNYA. Manusia yang tidak beriman tidak akan dapat memahami bahawa fakta yang jelas ini merupakan sebuah rahsia kehidupan.


Tidak kira bagaimana bijak atau tinggi taraf pendidikan mereka, individu yang tidak menggunakan kebolehan menaakul dengan baik, maka mereka tidak berupaya memahami dan melihat fakta ini dengan jelas.

Selasa, 15 Oktober 2013


Inginkan kek Lapis Sarawak ???
Yang rasanya sedap lagi berkualiti ??
Kek Lapis Sarawak buatan orang Perak !!!




Saya merupakan pemasar dan pengedar Kek Lapis Sarawak, keluaran Syarikat Misya Enterprise 100% Bumiputera Islam yang amat mementingkan kebersihan, kesucian dan kualiti. Selain rasanya yang amat sedap dan anda pasti puas hati dengan kualiti yang diberikan.

Tidak seperti kek Lapis yang lain, kek Lapis Misya mempunyai rasa yang amat menepati citarasa serta perihatin dengan kehendak kesihatan para pelanggan, kurang gula, kurang kolesterol serta tidak menggunakan bahan pengawet demi kebaikan kepada kesihatan para pengguna.

Terdapat 4 Perisa untuk pilihan anda :- 
·         Perisa Blueberry
·         Perisa Strawberry Cadburry
·         Perisa Pandan Coklat Chip
·         Perisa Pandan Kelapa

" sebelum kek Lapis dimasukkan ke dalam bekas seperti di atas, Kek Lapis disaluti dengan wraping plastic agar tak dicemari habuk dan bendasing.Kebersihannya adalah terjamin. Wrapping plastic ini dibalut dengan kemas dan kedap udara bagi menjamin kualiti kek Lapis agar tahan lama dan menjadi "moist."

Diperkaya dengan marjerin terbaik, diadun dengan perisa Blueberry yang harum lagi sedap bersama tepung yang terpilih lalu dimasak dengan penuh keikhlasan, maka terhasillah kek Lapis Sarawak keluaran Syarikat Misya yang sememangnya enak dihidangkan untuk seisi keluarga anda yang tercinta. Kek Lapis Sarawak keluaran Misya ini terdapat dalam 4 Perisa yang kesemuanya sedap dan enak.
Anda mesti mencubanya setiap satu, Cuba sekali pasti anda nak lagi dan lagi dan lagi...keenakannya sentiasa dalam ingatan... 


maklumat penuh :- 

http://www.cikguya.com.my 
http://www.seripongsu.my

Selasa, 2 April 2013



Cabaran dalam Perniagaan.


Cabaran utama ialah modal, saya memulakan perniagaan ini secara kecil kecilan dari rumah sehinggalah hampir setahun lebih, iaitu sejumlah modal telah dikumpulkan sedikit demi sedikit dan akhirnya perniagaan ini dapat bertapak di sebuah premis 2 tingkat yang disewa bertempat di Pekan Alor Pongsu. Sepanjang bertapak pada awal 2011 tiada sebarang bantuan yang diterima dari mana-mana agensi namun saya tidak putus asa malah inilah yang membuatkan saya lebih gigih berusaha sendiri.

Cabaran kedua ialah pasaran, produk aneka roti Ban seperti ban kelapa, ban kaya dan ban kacang merah merupakan produk mudah rosak dan jika diharapkan pelanggan datang ke kedai maka mungkin tidak banyak yang dapat dijual, jadi saya dengan bantuan suami telah membawa keluar ke kedai-kedai makan sekitar Daerah Kerian untuk dipasarkan dan hasilnya amat menggalakkan. sehingga kini jumlah kedai makan yang menjual produk Roti kami mencecah 25 buah kedai dengan jualan 1000 biji seminggu dan semakin meningkat kerana jumlah kedai ini ditambah sedikit demi sedikit selari dengan kekuatan pengeluaran kami.

Selain dari itu, kami juga membuat pizza sejukbeku berserta topping daging kisar dan ayam kisar kepada agen-agen yang kami lantik yang berminat menjadi peniaga.Manakala produk yang terbaru ialah roti yang kami namakan roti 'isy yang lain dari yang lain. 'isy ini berbentuk bujur dan 'double' seperti burger tetapi kelainannya ialah menggunakan daging kisar dan ayam kisar yang kami proses khas lalu di masak menggunakan oven dan tidak digoreng seperti burger. kesimpulannya nampak macam burger tapi bukan burger, rasa macam pizza tapi bukan pizza.

Langkah yang kami laksanakan ini semata mata meningkatkan jualan serta pendapatan kami selain membantu menyediakan peluang perniagaan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Sebagai kesimpulannya, kami syarikat Missya Pizza & Foodstuff bukan saja menjalankan aktiviti jualan produk kek, cupcake, aneka roti, pizza & 'isy tetapi turut serta menjalan tranformasi perniagaan kepada masyarakat setempat.

Buat masa ini, telah ada 25 buah kedai makan sebagai pasaran kami, 5 ejen/usahawan memperniagakan produk kami iaitu pizza dan 'isy di sekitar kerian dan pulau pinang.

Produk kursus pula kami telah banyak memberikan kerjasama dalam kursus terutamanya Program 1 Malaysia yang dianjurkan oleh GiatMara selain kursus yang kami anjurkan sendiri di Premis kami.

Missya Pizza akan terus melonjakkan perniagaan dan mewujudkan lebih ramai para usahawan sebagai ejen kami demi meningkatkan taraf pendapatan Bumiputra seluruhnya.

Kelebihan dan keunikan sesuatu perniagaan adalah salah satu kunci kejayaan memenangi hati para pelanggan selain produk yang berkualiti, kebersihan dan rasa yang sedap. Keunikan / kelebihan Missya Pizza yang pertama ialah kami sering terlibat dalam program kursus untuk masyarakat setempat dan luar anjuran kerajaan dalam bidang kek dan bakeri secara tidak langsung ianya menjadi sebahagian promosi untuk kemajuan pasaran produk-produk kami di dalam atau di luar kawasan kami. (kursus-kursus ini adalah percuma kepada peserta-bayaran dibuat oleh kerajaan)

Missya Pizza telah melakukan inovasi dalam bidang makanan iaitu mencipta sejenis roti yang dinamakan 'isy bersempena nama roti kegemaran Rasulullah s.a.w. kelainannya ialah ianya dimasak menggunakan oven sama ada elektrik ataupun gas oven.

Daging dan ayam yang dikisar sendiri dengan resepi ramuan rempah yang tersendiri menghasilkan rasa yang sedap dan enak. Inovasi ini tidak kami perniagakan sendiri tetapi telah di syorkan kepada para usahawan Burger bergerak dan bakal peniaga sepertimana kiosk yang lainnya. Secara tidak langsung kami telah memupuk semangat keusahawanan kepada yang berminat berniaga serta menambahkan pendapatan kepada mereka yang sememangnya sedang berniaga dengan menambahkan jualan produk ini.

Sememangnya para peniaga mesti menjalan kajian atau RnD atas apa-apa produk yang diniagakan. Inovasi adalah amat penting meskipun perubahan yang dibuat hanya beberapa peratus saja, tetapi ianya sudah memadai kerana para pelanggan sememangnya akan merasa bosan dan jemu dengan benda atau produk yang sama setelah sekian lama. Perubahan kecil yang dibuat dapay menarik minat orang ramai dan pelanggan mula memberikan perhatian.waktu inilah kita semestinya mengambil peluang mempromosi produk dan perkhidmatan kita. Peluang ini juga digunakan untuk sekuat kuatnya menanam rasa suka pelanggan kita kepada perniagaan kita.

Produk 'isy dan pizza sejukbeku amat diyakini boleh berkembang pesat sekiranya dapat ditambahkan para usahawan di bawah kami. Selaras dengan itu, Missya Pizza telah meletakkan sasaran pada 2013 ini usahawan Pizza dan 'isy berjumlah 10 orang, dan akan ditambah pada masa-masa akan datang. (setakat ini 5 orang)