Rabu, 16 Oktober 2013

Kekuatan manusia
Posted by cikguya.com.my







Mari bincangkan.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah subhanahu wataala atas limpah RahmatNya memberikan limpahan rezeki yang tak terhingga lagi tak terhitung. Jika dikira nikmat bernafas sahaja pun tidak dapat dibayangkan betapa besarnya keadaan itu, bayangkan apabila diserang selesema saja pun kita dah tak mampu menahannya, apatah lagi diserang penyakit yang berat .

 Nikmat sihat hanya dapat dinilai bila terkena sakit.

Betapa kita cukup susah untuk mengakui sesuatu sebelum terantuk, namun ianya agak baik jika dibandingkan ada insan yang mungkin berpuloh kali terantuk masih tak sedar lagi, itulah manusia yg penuh kelalaian, gopoh gapah, mudah lupa dan bermacam macam lagi.
Insan dikurniakan dua kekuatan, iaitu kekuatan berfikir ilmiah (teori) dan kekuatan untuk melaksanakan kehendak (praktikal) kebahagiaan manusia yg sempurna akan tercapai apabila dia dapat menyempurnakan kedua dua kekuatan itu.

Yang pertama, kekuatan teori ilmiah dengan sempurna akan dicapai apabila insan mengenali Penciptanya, Allah Rabb yang Maha Agung. Mengetahui nama-nama serta sifat sifat bagi nama nama tersebut dengan kekuatan dan kefahaman yg termampu sekadar pemikiran yg dikurniakan. Ini adalah langkah yg pertama menuju kekuatan teori ilmiah insan bagi mencapai kesempurnaan kebahagiaan.
Lapangkan fikiran lalu tanya diri kita apakah nama nama yg tercatat dalam Al Quran sebanyak 99 itu telah ditelusuri dengan sepenuh kekuatan bagi memahaminya, atau mungkin sekadar ambil tahu gitu gitu saja?
Jika hanya sekadar itu bererti kesempurnaan diri sebagai insan yg ingin menuju bahagia tak akan mungkin berlaku, tak mungkin terjadi sedemikian. Untuk bahagian ini cuba kita renungi asma al husna sebanyak 99 nama itu dengan mengkaji maknanya dan mengkaji maksud yg terselindung disebaliknya dengan banyak meneliti, membaca lalu mengumpul maklumat sambil mohon kekuatan untuk memahaminya dari Allah, kerana hanya Allah yg dapat menolong membantu kita. 

Semestinya dan sememangnya selama ini Allah lah yg mencukupkan segala keperluan kita.

Insya Allah selepas ini akan dibincangkan empat lagi keperluan untuk mencapai kesempurnaan kekuatan teori ilmiah yg mesti diketahui oleh kita yg inginkan kebahagiaan yg sebenar benarnya.

Wallah huaqlam. Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan