Selasa, 2 April 2013



Cabaran dalam Perniagaan.


Cabaran utama ialah modal, saya memulakan perniagaan ini secara kecil kecilan dari rumah sehinggalah hampir setahun lebih, iaitu sejumlah modal telah dikumpulkan sedikit demi sedikit dan akhirnya perniagaan ini dapat bertapak di sebuah premis 2 tingkat yang disewa bertempat di Pekan Alor Pongsu. Sepanjang bertapak pada awal 2011 tiada sebarang bantuan yang diterima dari mana-mana agensi namun saya tidak putus asa malah inilah yang membuatkan saya lebih gigih berusaha sendiri.

Cabaran kedua ialah pasaran, produk aneka roti Ban seperti ban kelapa, ban kaya dan ban kacang merah merupakan produk mudah rosak dan jika diharapkan pelanggan datang ke kedai maka mungkin tidak banyak yang dapat dijual, jadi saya dengan bantuan suami telah membawa keluar ke kedai-kedai makan sekitar Daerah Kerian untuk dipasarkan dan hasilnya amat menggalakkan. sehingga kini jumlah kedai makan yang menjual produk Roti kami mencecah 25 buah kedai dengan jualan 1000 biji seminggu dan semakin meningkat kerana jumlah kedai ini ditambah sedikit demi sedikit selari dengan kekuatan pengeluaran kami.

Selain dari itu, kami juga membuat pizza sejukbeku berserta topping daging kisar dan ayam kisar kepada agen-agen yang kami lantik yang berminat menjadi peniaga.Manakala produk yang terbaru ialah roti yang kami namakan roti 'isy yang lain dari yang lain. 'isy ini berbentuk bujur dan 'double' seperti burger tetapi kelainannya ialah menggunakan daging kisar dan ayam kisar yang kami proses khas lalu di masak menggunakan oven dan tidak digoreng seperti burger. kesimpulannya nampak macam burger tapi bukan burger, rasa macam pizza tapi bukan pizza.

Langkah yang kami laksanakan ini semata mata meningkatkan jualan serta pendapatan kami selain membantu menyediakan peluang perniagaan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

Sebagai kesimpulannya, kami syarikat Missya Pizza & Foodstuff bukan saja menjalankan aktiviti jualan produk kek, cupcake, aneka roti, pizza & 'isy tetapi turut serta menjalan tranformasi perniagaan kepada masyarakat setempat.

Buat masa ini, telah ada 25 buah kedai makan sebagai pasaran kami, 5 ejen/usahawan memperniagakan produk kami iaitu pizza dan 'isy di sekitar kerian dan pulau pinang.

Produk kursus pula kami telah banyak memberikan kerjasama dalam kursus terutamanya Program 1 Malaysia yang dianjurkan oleh GiatMara selain kursus yang kami anjurkan sendiri di Premis kami.

Missya Pizza akan terus melonjakkan perniagaan dan mewujudkan lebih ramai para usahawan sebagai ejen kami demi meningkatkan taraf pendapatan Bumiputra seluruhnya.

Kelebihan dan keunikan sesuatu perniagaan adalah salah satu kunci kejayaan memenangi hati para pelanggan selain produk yang berkualiti, kebersihan dan rasa yang sedap. Keunikan / kelebihan Missya Pizza yang pertama ialah kami sering terlibat dalam program kursus untuk masyarakat setempat dan luar anjuran kerajaan dalam bidang kek dan bakeri secara tidak langsung ianya menjadi sebahagian promosi untuk kemajuan pasaran produk-produk kami di dalam atau di luar kawasan kami. (kursus-kursus ini adalah percuma kepada peserta-bayaran dibuat oleh kerajaan)

Missya Pizza telah melakukan inovasi dalam bidang makanan iaitu mencipta sejenis roti yang dinamakan 'isy bersempena nama roti kegemaran Rasulullah s.a.w. kelainannya ialah ianya dimasak menggunakan oven sama ada elektrik ataupun gas oven.

Daging dan ayam yang dikisar sendiri dengan resepi ramuan rempah yang tersendiri menghasilkan rasa yang sedap dan enak. Inovasi ini tidak kami perniagakan sendiri tetapi telah di syorkan kepada para usahawan Burger bergerak dan bakal peniaga sepertimana kiosk yang lainnya. Secara tidak langsung kami telah memupuk semangat keusahawanan kepada yang berminat berniaga serta menambahkan pendapatan kepada mereka yang sememangnya sedang berniaga dengan menambahkan jualan produk ini.

Sememangnya para peniaga mesti menjalan kajian atau RnD atas apa-apa produk yang diniagakan. Inovasi adalah amat penting meskipun perubahan yang dibuat hanya beberapa peratus saja, tetapi ianya sudah memadai kerana para pelanggan sememangnya akan merasa bosan dan jemu dengan benda atau produk yang sama setelah sekian lama. Perubahan kecil yang dibuat dapay menarik minat orang ramai dan pelanggan mula memberikan perhatian.waktu inilah kita semestinya mengambil peluang mempromosi produk dan perkhidmatan kita. Peluang ini juga digunakan untuk sekuat kuatnya menanam rasa suka pelanggan kita kepada perniagaan kita.

Produk 'isy dan pizza sejukbeku amat diyakini boleh berkembang pesat sekiranya dapat ditambahkan para usahawan di bawah kami. Selaras dengan itu, Missya Pizza telah meletakkan sasaran pada 2013 ini usahawan Pizza dan 'isy berjumlah 10 orang, dan akan ditambah pada masa-masa akan datang. (setakat ini 5 orang)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan