Cabaran dalam Perniagaan.
Cabaran utama ialah modal, saya memulakan perniagaan ini
secara kecil kecilan dari rumah sehinggalah hampir setahun lebih, iaitu
sejumlah modal telah dikumpulkan sedikit demi sedikit dan akhirnya perniagaan
ini dapat bertapak di sebuah premis 2 tingkat yang disewa bertempat di Pekan
Alor Pongsu. Sepanjang bertapak pada awal 2011 tiada sebarang bantuan yang
diterima dari mana-mana agensi namun saya tidak putus asa malah inilah yang
membuatkan saya lebih gigih berusaha sendiri.
Cabaran kedua ialah pasaran, produk aneka roti Ban seperti
ban kelapa, ban kaya dan ban kacang merah merupakan produk mudah rosak dan jika
diharapkan pelanggan datang ke kedai maka mungkin tidak banyak yang dapat
dijual, jadi saya dengan bantuan suami telah membawa keluar ke kedai-kedai
makan sekitar Daerah Kerian untuk dipasarkan dan hasilnya amat menggalakkan.
sehingga kini jumlah kedai makan yang menjual produk Roti kami mencecah 25 buah
kedai dengan jualan 1000 biji seminggu dan semakin meningkat kerana jumlah
kedai ini ditambah sedikit demi sedikit selari dengan kekuatan pengeluaran
kami.
Selain dari itu, kami juga membuat pizza sejukbeku berserta
topping daging kisar dan ayam kisar kepada agen-agen yang kami lantik yang
berminat menjadi peniaga.Manakala produk yang terbaru ialah roti yang kami
namakan roti 'isy yang lain dari yang lain. 'isy ini berbentuk bujur dan
'double' seperti burger tetapi kelainannya ialah menggunakan daging kisar dan
ayam kisar yang kami proses khas lalu di masak menggunakan oven dan tidak
digoreng seperti burger. kesimpulannya nampak macam burger tapi bukan burger,
rasa macam pizza tapi bukan pizza.
Langkah yang kami laksanakan ini semata mata meningkatkan
jualan serta pendapatan kami selain membantu menyediakan peluang perniagaan
serta peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Sebagai kesimpulannya, kami syarikat Missya Pizza &
Foodstuff bukan saja menjalankan aktiviti jualan produk kek, cupcake, aneka
roti, pizza & 'isy tetapi turut serta menjalan tranformasi perniagaan
kepada masyarakat setempat.
Buat masa ini, telah ada 25 buah kedai makan sebagai pasaran
kami, 5 ejen/usahawan memperniagakan produk kami iaitu pizza dan 'isy di
sekitar kerian dan pulau pinang.
Produk kursus pula kami telah banyak memberikan kerjasama
dalam kursus terutamanya Program 1 Malaysia yang dianjurkan oleh GiatMara
selain kursus yang kami anjurkan sendiri di Premis kami.
Missya Pizza akan terus melonjakkan perniagaan dan
mewujudkan lebih ramai para usahawan sebagai ejen kami demi meningkatkan taraf
pendapatan Bumiputra seluruhnya.
Kelebihan dan keunikan sesuatu perniagaan adalah salah satu
kunci kejayaan memenangi hati para pelanggan selain produk yang berkualiti,
kebersihan dan rasa yang sedap. Keunikan / kelebihan Missya Pizza yang pertama
ialah kami sering terlibat dalam program kursus untuk masyarakat setempat dan
luar anjuran kerajaan dalam bidang kek dan bakeri secara tidak langsung ianya
menjadi sebahagian promosi untuk kemajuan pasaran produk-produk kami di dalam
atau di luar kawasan kami. (kursus-kursus ini adalah percuma kepada
peserta-bayaran dibuat oleh kerajaan)
Missya Pizza telah melakukan inovasi dalam bidang makanan
iaitu mencipta sejenis roti yang dinamakan 'isy bersempena nama roti kegemaran
Rasulullah s.a.w. kelainannya ialah ianya dimasak menggunakan oven sama ada
elektrik ataupun gas oven.
Daging dan ayam yang dikisar sendiri dengan resepi ramuan
rempah yang tersendiri menghasilkan rasa yang sedap dan enak. Inovasi ini tidak
kami perniagakan sendiri tetapi telah di syorkan kepada para usahawan Burger
bergerak dan bakal peniaga sepertimana kiosk yang lainnya. Secara tidak
langsung kami telah memupuk semangat keusahawanan kepada yang berminat berniaga
serta menambahkan pendapatan kepada mereka yang sememangnya sedang berniaga
dengan menambahkan jualan produk ini.
Sememangnya para peniaga mesti menjalan kajian atau RnD atas
apa-apa produk yang diniagakan. Inovasi adalah amat penting meskipun perubahan
yang dibuat hanya beberapa peratus saja, tetapi ianya sudah memadai kerana para
pelanggan sememangnya akan merasa bosan dan jemu dengan benda atau produk yang
sama setelah sekian lama. Perubahan kecil yang dibuat dapay menarik minat orang
ramai dan pelanggan mula memberikan perhatian.waktu inilah kita semestinya
mengambil peluang mempromosi produk dan perkhidmatan kita. Peluang ini juga
digunakan untuk sekuat kuatnya menanam rasa suka pelanggan kita kepada
perniagaan kita.
Produk 'isy dan pizza sejukbeku amat diyakini boleh
berkembang pesat sekiranya dapat ditambahkan para usahawan di bawah kami.
Selaras dengan itu, Missya Pizza telah meletakkan sasaran pada 2013 ini
usahawan Pizza dan 'isy berjumlah 10 orang, dan akan ditambah pada masa-masa
akan datang. (setakat ini 5 orang)